Najib Lawat Gu’an New Industry City

BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gu’an New Industry City, sebuah bandar raya industri berasaskan inovasi.

Bekas kawasan pertanian di wilayah Gu’an itu, yang terletak kira-kira 50km ke selatan Beijing, dimajukan oleh China Fortune Land Development Co Ltd. (CFLD) sejak 2002 sebagai hab pembangunan industri yang berfokuskan kepada lima kelompok industri.

Kelompok berkenaan membabitkan aeroangkasa, perkilangan perkakasan mewah, e-dagang dan industri perkhidmatan moden.

Najib kini di China untuk lawatan rasmi enam hari mulai Isnin. – BERNAMA

Leave a Reply