Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

21 Cawangan MIC Perlis...

KANGAR - Sebanyak 21 daripada 32 cawangan MIC di Perlis menyokong penuh pemangku...

Tun S. Samy Vellu...

BEKAS Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu sedang menerima rawatan di Institut Jantung...

RM980,000 Diperuntukkan Untuk Baiki...

PENGERUSI Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata sebanyak RM1.8...

Perak Tuan Rumah Sambutan...

KUALA LUMPUR - Perak akan menjadi tuan rumah Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-63...

Najib Lakukan Lawatan Kerja Ke Arab Saudi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi mulai hari ini hingga 3 Mac.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia hari ini, Najib akan menyampaikan ucaptama berkaitan perkongsian awam-swasta di Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada 1 Mac.

JEF merupakan hab peneraju bagi pemimpin, ahli ekonomi dan ahli perniagaan dari seluruh dunia untuk berbincang serta bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu utama dunia.

Semasa lawatan itu, perdana menteri dijangka menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Naif Al-Saud dan Timbalan Ketua Mahkota Mohammed Salman Al-Saud.

“Kesemua pertemuan ini akan membuka peluang kepada para pemimpin berkenaan untuk membincangkan isu serantau dan dua hala membabitkan kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Kementerian Luar itu menyebut perdana menteri juga dijadual mengunjungi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika ini berpangkalan di Hafar Al Batin.


Dalam lawatan itu, Najib akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selain Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Datuk Seri Abdul Wahid Omar di samping pegawai kanan kerajaan.

Menurut kenyataan itu, lawatan kerja berkenaan membawa harapan yang baik dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi yang akan membantu melonjakkan usaha ke arah mempertingkatkan serta memperkukuhkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara.

“Malaysia dan Arab Saudi terus menjalin kerjasama rapat dalam pelbagai bidang utama termasuk politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji,” menurut kenyataan itu.

Arab Saudi adalah satu daripada rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah dengan import berjumlah RM7.53 bilion dan eksport RM3.42 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori