Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kekal Sikap Perpaduan, Elak...

TAIPING - Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan meminta anggota Polis Diraja Malaysia...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Pemimpin Malaysia dan Yemen hari ini bertemu bagi membincangkan bidang kerjasama...

Kes Rasuah Sabah: Isteri...

SUSULAN penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan di Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Pemimpin Akar Umbi Mampu...

BAGAN SERAI - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yakin program TownHall Jasa Jelajah...

Najib Kutuk Serangan Terhadap Kota Suci Makkah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya serangan puak Houthi Yemen yang melancarkan sebuah peluru berpandu ke kota suci Makkah baru-baru ini.

Najib berkata kejadian itu harus dijadikan pengajaran kepada umat Islam di Malaysia agar tidak membiarkan sengketa sesama mereka membuka peluang untuk musuh mencemari kesucian agama Islam.

“Baru-baru ini, Puak Houthi Yemeni telah melancarkan sebuah peluru berpandu balistik ke kota suci Makkah, tetapi Alhamdulillah, tindakan segera tentera Saudi telah berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu tersebut sebelum ia sempat melakukan sebarang kemusnahan.

“Sesungguhnya kejadian ini amat mendukacitakan kesemua umat Islam serata dunia…Malaysia berdiri dalam solidariti bersama Arab Saudi, mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas tempat suci Islam,” katanya melalui catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.


Pada 27 Okt lepas, tentera gabungan Arab memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Houthi kira-kira 65 kilometer dari kota suci Makkah.

Pemberontak Houthi juga melancarkan serangan yang serupa di lokasi pangkalan udara Arab Saudi di Taif pada 10 Okt. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori