Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Panjangkan Semula Had Tempoh...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan dan Bank Negara (BNM) disyor memanjangkan semula had...

Keperluan Kedutaan Besar Di...

KUALA LUMPUR - Keperluan Malaysia membuka Kedutaan Besar di Palestin dijangka dibincangkan dalam...

Menderhaka Jika Ingkar Titah...

PARIT BUNTAR - Jawatankuasa masjid dan surau yang ingkar dengan larangan Sultan Perak,...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di kawasan...

Najib Hadir Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan, di sini.

Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan, disambut oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dan timbalan-timbalannya Datuk Othman Aziz serta Datuk Lee Chee Leong.

Najib berada kira-kira setengah jam di majlis itu untuk beramah mesra dengan para hadirin dan menikmati juadah yang disediakan, antaranya nasi briyani, sate, kambing bakar, laksa serta buah-buahan tempatan.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah serta Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan agensi-agensi di bawahnya serta pihak media. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori