Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Hakim K Muniandy Dengar...

KUALA LUMPUR : Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, menggantikan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan,...

Polis Sedang Kesan Pemilik...

KUCHING - Polis Sarawak sedang mengesan identiti pemilik akaun twitter Republic of Sarawak...

Syria Isytihar Daesh Lari...

HANYA 24 jam selepas kerajaan Iraq mengumumkan Daesh berjaya dihapuskan di negara berkenaan...

Jangan Risau Fenomena Kerang...

SHAH ALAM – Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau...

Najib Dijangka Lancar Pelan Induk Labuan Bulan Depan

LABUAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan Pelan Induk Pembangunan Labuan pada bulan depan, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Corporation Mohd Zambri Mohd Esa.

Beliau berkata pelan induk itu, yang termasuk pelan untuk membina jambatan sepanjang 10km yang akan menghubungkan pulau Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah, telah siap dan akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Pada masa ini, kami sedang menunggu Pejabat Perdana Menteri untuk memaklumkan kepada kami mengenai tarikh dan lokasi pelancaran tersebut.

“Pelan Induk itu akan dilancarkan pada Mei,” katanya pada sidang media mengenai pelan induk itu di sini pada Jumaat.

Mohd Zambri percaya pelan induk itu, yang memetakan pelan pembangunan bagi pulau ini sehingga 2030, akan mengubah landskap pulau Labuan.


“Dengan penambahbaikan dari segi perhubungan, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Labuan tetapi turut mengurangkan kos sara hidup di sini,” katanya.

Pada masa ini, feri adalah satu-satunya kaedah pengangkutan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Menumbok.

Wilayah Persekutuan Labuan, yang merupakan pusat kewangan luar pesisir, mempunyai kos sara hidup yang tinggi dan antara 10 bandar dengan kos sara hidup paling mahal di Malaysia. – BERNAMA

Kategori