Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRN: Polis Kelantan Terima...

TUMPAT : Polis Kelantan menerima dua laporan melibatkan kes provokasi yang berlaku semasa...

Malaysia Layak Ke Pusingan...

KUALA LUMPUR - Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber...

Bawa Diri, Iqbal Tinggalkan...

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya meninggalkan tanah air...

Mahasiswi Cun Tak Malu...

KALAU dilihat daripada wajahnya yang cantik menawan memang tak sukar untuk si gadis...

Najib Buat Lawatan Mengejut Di UTC Pudu Sentral

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa meninjau perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral.

Berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan di pusat sehenti itu, Najib menyifatkan perkhidmatan yang ditawarkan adalah amat baik serta memenuhi piawaian kerajaan.

Beliau yang memuatkan naik beberapa foto lawatan itu dalam entri terbaru dalam blog NajibRazak.com turut memuji perkhidmatan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mampu menyiapkan urusan dalam masa singkat.

“Pasport antarabangsa siap dalam masa kurang daripada satu jam. Malah, saya sendiri menggantikan sijil kelahiran saya dan menerimanya dalam masa kurang daripada 30 minit,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Najib berkata beliau turut mendapat maklum balas positif daripada beberapa pengunjung UTC itu yang rata-rata menyatakan rasa amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, sama ada urusan memperbaharui lesen memandu, pasport antarabangsa ataupun menggantikan MyKad dan sijil kelahiran.

Najib berkata waktu perkhidmatan di UTC yang dipanjangkan sehingga 10 malam pada hari bekerja dan juga pada hari Sabtu dan Ahad membolehkan orang ramai mendapat khidmat awam di bawah satu bumbung luar dari waktu kerja mereka.

“Sesungguhnya, bilangan pengunjung lebih ramai pada hujung minggu berbanding pada hari-hari biasa,” katanya yang turut memuatkan beberapa keping gambar beliau meninjau JPN, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain beramah mesra dengan golongan remaja di pusat sukan di situ.


Najib juga sempat berbual dengan peniaga di medan selera di UTC itu dan mengambil maklum keluhan mereka, termasuk mengenai kekurangan pelanggan dan papan tanda untuk memaklumkan pengunjung mengenai kewujudan medan selera dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di situ.

“Menurut mereka, pelanggan kurang sekarang kerana pemindahan terminal bas Pudu dan juga kerana perkhidmatan kerajaan yang disediakan di UTC amat pantas dan cekap sehinggakan orang ramai tidak perlu menunggu lama untuk giliran mereka.

“Penambahbaikan perlu dilakukan dari segi ini, dan sekiranya ia dilakukan Insya-Allah, keadaan akan bertambah baik,” katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan yang berkhidmat di UTC Pudu Sentral atas kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

Beliau berharap kualiti perkhidmatan sedemikian dikekalkan bukan sahaja di UTC Pudu Sentral, malah di UTC-UTC lain di seluruh negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kAusRjJSRns[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori