Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sindiket Tumpas, Dadah RM1.5...

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis bahan terlarang...

Najib Batal Rancangan Bercuti...

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa membatalkan...

PM Lancar Skim Mikro...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Mikro...

454 Nelayan Di Pontian...

PONTIAN - Seramai 454 nelayan di Mukim Serkat dekat Tanjung Piai, di sini...

Najib Beri Jaminan Kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bahawa beliau sentiasa bersama mereka memandangkan beliau percaya dalam prinsip berpolitik.

Najib berkata sebagai pengerusi Barisan Nasional, beliau senantiasa percaya untuk melihat agar SUPP akan mendapat semula kemegahan masa lalu dan menyumbang kekuatan yang lebih besar kepada gabungan itu.

Berucap merasmikan persidangan tiga tahun sekali perwakilan SUPP ke-23 di sini, beliau berkata parti itu telah terselamat daripada persaingan sesama sendiri dan berpuak-puak selama tiga tahun sehingga berada di ambang pendaftaran parti dibatalkan.

“Saya tidak mahu, dalam detik-detik kegelapannya, SUPP dibatalkan pendaftarannya,” katanya sambil menambah ia perlu terus menjadi sebuah parti politik.

“Tiada sesiapa yang lebih besar atau lebih hebat daripada kepentingan parti. Kita sebagai individu, kita sebagai pemimpin, kita adalah sama seperti parti yang kita wakili,” katanya.

Najib juga memuji langkah SUPP memilih kepimpinan baharu untuk menerajui parti tertua di negeri ini semasa persidangan itu dan berharap ia akan menandakan berakhirnya sikap berpuak-puak yang melanda parti itu.


Beliau berkata anggota parti seharusnya bersatu di belakang pemimpin mereka dalam usaha mendapatkan semula sokongan dan keyakinan rakyat di Sarawak.

“Tugas nombor satu kita adalah untuk memastikan parti kita kuat. Sebagai pengerusi Barisan Nasional, saya perlu memastikan bahawa setiap parti komponen kuat,” katanya.

Beliau juga mahu kepimpinan baharu SUPP, yang akan dipilih esok di persidangan itu, merancang hala tuju yang jelas dan mempunyai rancangan yang benar-benar konkrit untuk berkhidmat kepada rakyat di negeri ini.

“Kita tidak boleh hidup dengan retorik. Kita mesti mempunyai rancangan yang khusus. Rancangan itu boleh dilaksanakan. Rancangan itu perlu diberi keyakinan supaya rakyat di Sarawak akan menyokong SUPP,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori