Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPWKM Harap Berita Gembira...

SEREMBAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengharapkan khabar gembira khususnya dari...

Kekalkan Pemakanan Sihat Semasa...

KUALA LUMPUR - Gaya pemakanan sihat perlu diamalkan di kalangan masyarakat semasa sebarang...

Bursa Malaysia Rendah Akibat...

BURSA Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini, seiring dengan prestasi...

478 Pasukan Sertai Piala...

UNIK... Bola sepak adalah sukan pilihan yang sangat digemari ramai bukan sahaja manusia...

Najib Berbuka Puasa Bersama Ulama, Umara Dan NGO Islam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini berbuka puasa bersama para ulama, umara dan pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasminya, Seri Perdana di sini.

Selesai berbuka, Perdana Menteri bersama hampir seribu tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah serta solat tarawih diimamkan oleh imam jemputan Masjid Wilayah dari Syria, Sheikh Rami Al-Badawi.

Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 110 anak yatim, pelajar tahfiz, warga emas dan ibu tunggal.

Pada majlis itu, Najib menerima memorandum daripada 106 NGO Islam dari seluruh negara yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan beliau untuk terus menerajui negara.


Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Memorandum itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghentikan segala spekulasi dan tohmahan liar terhadap Najib serta tidak mudah percaya dengan fitnah yang disebarkan terutama menerusi media sosial. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori