Najib Bentang Bajet 2017 Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.’

Najib, yang juga Menteri Kewangan, tiba di perkarangan Dewan Rakyat kira-kira pukul 4 petang dengan memakai baju Melayu merah jambu sambil memegang beg berwarna hitam berisi laporan bajet berkenaan.

Laporan pembentangan bajet tersebut yang ditunggu-tunggu demi rancangan pembangunan negara dan rakyat pada tahun depan itu juga disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan untuk dimanfaatkan segenap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. – BERNAMA

Leave a Reply