Najib Adakan Perbincangan Dua Hala Dengan PM Vietnam

SOCHI (Rusia) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatannya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini hari ini.

Ini merupakan pertemuan pertama Najib dengan perdana menteri baharu Vietnam itu yang mengangkat sumpah memegang jawatan pada April tahun ini.

Perbincangan tertumpu kepada kedudukan semasa kerjasama dua hala dan cara untuk terus mempertingkatkan lagi hubungan itu.

Kedua-dua pemimpin berada di sini untuk menghadiri aktiviti sidang kemuncak dua hari itu bagi memperingati 20 tahun hubungan dialog ASEAN-Rusia.

Sidang kemuncak peringatan itu menjadi platform bagi pemimpin negara anggota ASEAN dan Rusia untuk melakar hala tuju masa depan ikatan persahabatan itu. – BERNAMA

Loading...