Nabila Huda Sambut Hari Jadi Dengan Insan Tersayang

Wah tak sangka dah 30 tahun usia pelakon yang juga digelar hot mama ni!

Selamat hari jadi diucapkan buat pelakon berbakat besar, Nabila Huda yang jatuh pada hari ini, 2 Disember.

Tahun ini, Nabila atau Abil genap berusia 30 tahun dan yang paling bestnya sambutan ulang tahunnya kali ini turut disertai insan-insan tersayang, termasuk bapanya, Amy Search dan kekasihnya yang identitinya masih lagi misteri sehingga ke hari ini.

Ibu kepada Keisha Laila ini turut menerima banyak ucapan hari lahir daripada rakan artis seperti Nora Danish, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Kamal Adli dan Thumb Suhaimi menerusi laman sosial masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

nabila1
Kek sambutan ulang tahun kelahiran Nabila
nabila2
Hadiah bunga pemberian kekasih Nabila