Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Maklumat Baharu, Kes...

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kes membabitkan siasatan berhubung...

Nora Anne Hilang: Keluarga...

SEREMBAN - Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari...

Marahkan Kucing, Wanita Gigit...

BERLIN - Berang digigit seekor kucing, seorang wanita membalas dendam dengan menggigit dan...

Apa Faedahnya Saya Cipta...

NAMA pelakon dan ahli perniagaan, Fizo Omar sekali lagi menjadi sebutan gara-gara kini...

Myanmar Tolak Hasil Siasatan PBB

YANGON – Myanmar semalam menolak hasil siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa tentera negara berkenaan melakukan jenayah penghapusan etnik atau genosid terhadap penduduk minoriti Islam Rohingya.

Myanmar menerima tekanan hebat minggu ini berhubung operasi ketenteraan pada tahun lalu yang memaksa lebih 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Pada Isnin lalu, pasukan penyiasat PBB mendedahkan butiran terperinci bukti genosid dan jenayah kemanusiaan berkala besar yang dilakukan terhadap etnik Rohingya termasuk rogol dan keganasan seksual lain, pembunuhan beramai-ramai serta pencegahan kelahiran.

Dalam sesi Majlis Ke­selamatan PBB lewat kelmarin, sebilangan negara termasuk Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya barisan pemimpin tentera Myanmar didakwa berhubung jenayah tersebut.

Myanmar bagaimanapun menolak hasil siasatan PBB itu dalam komen tegas berhubung tindak balasnya terhadap krisis Rohingya yang mengundang kecaman antarabangsa.

“Kami tidak membenarkan Misi Pencarian Fakta PBB untuk memasuki Myanmar. Itu adalah sebab kami tidak bersetuju dan tidak menerima sebarang resolusi yang diputuskan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB,” kata jurucakap kerajaan, Zaw Htay yang dipetik akhbar Global New Light of Myanmar.

Beliau kemudian menyatakan bahawa Myanmar membentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Bebas sebagai tindak balas terhadap ‘dakwaan palsu yang dibuat oleh agensi-agensi PBB dan komuniti antarabangsa lain’.


“Negara ini tidak akan bertoleransi terhadap pelanggaran hak asasi manusia,” kata Zaw Htay tetapi menambah, bukti kukuh termasuk rekod dan tarikh sebarang pencabulan hak asai manusia perlu diserahkan sebelum siasatan boleh dilakukan.

Selain itu, Zaw Htay turut membidas Facebook kerana menutup akaun sosial ketua angkatan tentera Myanmar dan barisan pemimpin tertinggi tentera lain pada Isnin lalu.

Menurutnya, langkah itu boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk mencapai ‘perdamaian nasional’. 
– AFP/KOSMO ONLINE

Kategori