Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin: Hargai Usaha Kepimpinan...

MUAR - Semua pihak termasuk pembangkang perlu mengakui bahawa kepimpinan negara telah berjaya...

Kenali Hang Tuah Menerusi...

MELAKA - Filem genre animasi mampu dijadikan sebagai platform untuk mendidik generasi muda...

Gigit Badan Isteri, Pemandu...

PETALING JAYA - Padah menggigit badan isteri kerana tidak menyediakan juadah berbuka puasa,...

TH Lulus 19 Syarikat...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai...

IS Musnahkan Bandar Bersejarah Nimrud

NIMRUD, Iraq – Kerajaan negara ini mendapati kumpulan militan Islamic State (IS) telah memusnahkan warisan sejarah negara dengan bertindak meratakan bandar Assyria di sini menggunakan kenderaan berat selepas solat Zuhur kelmarin.

“Sehingga kini, kita belum dapat mengenal pasti sejauh mana kemusnahan telah dilakukan terhadap bandar ini,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Nimrud adalah salah satu permata Iraq yang ditemui sekitar abad ke-13 Sebelum Masihi (SM) dan terletak di Sungai Tigris kira-kira 30 kilometer ke selatan Mosul.

Ia merupakan bandar kedua Iraq dan hub kumpulan IS di negara ini.

Bandar Hatra di Neneveh yang dipelihara lebih 2,000 tahun dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO juga dipercayai bakal menjadi sasaran kumpulan tersebut selepas Nimrud.


“Saya mohon maaf kerana terpaksa menyatakan bahawa semua orang telah menjangka rancangan mereka untuk menusnahkan warisan Iraq,” ujar seorang ahli arkeologi, Abdulamir Hamdani dari Universiti Stony Brook di New York.

Pengarah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi badan kebudayaan Iraq, Axel Plathe, melaporkan satu lagi serangan terhadap warisan Iraq telah dilakukan Khamis lalu.

Nimrud menempatkan salah satu penemuan arkeologi abad ke-20 termasuk batu-batu permata pada 1988 yang telah dipindahkan ke muzium antaranya di Mosul, Baghdad, Paris dan London.

Kemusnahan terhadap Nimrud itu berlaku selepas seminggu kumpulan pelampau tersebut memuat naik video menghancurkan artifak purba ternilai di Muzium Mosul berdasarkan fahaman jihad IS yang menyatakan bahawa patung-patung, berhala dan tempat-tempat suci penyembahan selain daripada Allah mesti dimusnahkan. – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori