Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pertama Kali Pegang Watak...

DEMI memberikan lakonan yang terbaik, Nadia Brian kini sedang gigih dalam proses mempelajari...

PRU-15: Senarai Akhir Calon...

KOTA KINABALU : Senarai akhir calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hampir siap dan...

Mahu Usaha Martabat B.Melayu...

PHANG-NGA (SELATAN THAI) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu...

Sasaran 1 Juta Rumah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya akan mencapai sasaran untuk...

Musim Hujan Resahkan Penduduk Kg. Tebing Tinggi

KANGAR – Lebih 460 orang penduduk merangkumi 120 keluarga di Kampung Tebing Tinggi, Bintong dekat sini menjadi resah setiap kali musim hujan kerana bimbang kemungkinan kampung mereka dilanda banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut, Sulaiman Hamzah mendakwa kejadian banjir berlaku sejak pembinaan terusan Lencongan Barat dari Empangan Timah Tasoh di Beseri, empat tahun lalu.

Katanya projek itu untuk mengalirkan air ke laut menerusi terowong dari Bukit Banjaran Nakawan ke Kampung Wai di Kuala Perlis telah siap, bagaimanapun sebuah jambatan di Kampung Tebing Tinggi yang dibina di kampung itu tidak disiapkan sehingga sekarang.

“Oleh kerana jambatan ini tidak siap, air yang melalui terowong disekat dan melimpah ke kawasan kampung apabila hujan lebat berterusan.

“Dalam dua kejadian banjir iaitu pada Mei dan September lepas, air naik antara 1.5 meter hingga dua meter. HIngga sekarang pun ada mangsa yang masih trauma dan tidak dapat mengganti peralatan rumah yang rosak,” kata Sulaiman kepada Bernama di sini, hari ini.

​​​​​​​Beliau mendakwa ada keluarga menanggung kerugian sehingga RM100,000 termasuk lebih 40 hektar sawah padi mereka rosak akibat ditenggelami air dalam dua kejadian itu.


Katanya mereka telah menyerahkan tuntutan untuk mendapat ganti rugi kepada kontraktor projek terbabit namun belum mendapat maklum balas.

“Saya berharap kerajaan negeri mengambil serius masalah yang kami hadapi dan bertindak tegas terhadap kontraktor jika didapati sengaja lewat menyiapkan projek tersebut,” kata Sulaiman.

Sementara itu anggota Exco kerajaan negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong, Rela Ahmad berkata kerajaan negeri bersimpati dengan masalah penduduk terbabit dan sedang berusaha agar projek itu disiapkan segera. – BERNAMA

Kategori