Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rekaan Balenciaga Serupa Beg...

JENAMA terkemuka Perancis, Balenciaga sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila rekaan terbaru mereka...

2 Anggota Polis Terima...

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan Suruhanjaya...

37 Individu Ditahan Atas...

KUCHING - Polis menahan 37 individu termasuk lima warga asing atas kesalahan berjudi...

Bapa Dipenjara 36 Tahun,...

Putrajaya : Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20...

Musa Minta Rakyat Sabah Pertahan Keharmonian

TAWAU – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini meminta rakyat di negeri itu mempertahankan keharmonian pelbagai kaum dan agama di Sabah dan tidak membiarkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

Katanya selama ini Sabah menikmati keamanan yang didasari persefahaman dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh, yang cuba mempolitikkan agama.

“Tidak ada isu agama di negeri kita yang tercinta, yang ada hanya persefahaman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata keharmonian masyarakat di Sabah juga antara tarikan pelancong ke negeri itu selain keindahan alam semula jadi.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam khasnya, menghayati dan mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dalam mengeratkan ukhuwah sesama hamba Allah SWT.

Asas dan kunci kejayaan Sabah pada masa depan bukan terletak pada kekayaan sumber alam semata-mata tetapi kerjasama serta sokongan rakyat penting bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dalam suasana masyarakat yang penuh keharmonia, kedamaian dan keamanan, katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer terpilih menerima Anugerah Maulidur Rasul dan Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Douglas Nyeging Taong pula menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul.


Awang Sahari yang merupakan anak Mambakut, Sabah, bersara wajib pada tahun lalu dan diiktiraf atas sumbangannya dalam Polis Diraja Malaysia selama 39 tahun perkhidmatan termasuk dalam tugas-tugas berisiko tinggi.

Douglas pula yang berasal dari Kapit, Sarawak dipilih berdasarkan semangat serta kebersamaannya yang terjalin dengan masyarakat setempat sekalipun berbeza budaya dan agama.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Musa pada sambutan berkenaan yang turut menyaksikan kira-kira 10,000 peserta merangkumi 83 kontinjen daripada sektor kerajaan, swasta serta intitusi pendidikan berarak sejauh 1.8 kilometer.

Turut serta dalam perarakan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Syed Abas Syed Ali dan menteri Kabinet Sabah, wakil rakyat, serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri. – BERNAMA

Kategori