Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Annuar Dakwa Ada Tangan...

KUALA LUMPUR - "Apakah undang--undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan aduan dibuat (kepada pihak...

Warga Asing Curi Bot...

ALOR GAJAH - Tiga lelaki dipercayai warga asing ditahan kerana mencuri bot nelayan...

Kawan-Kawan Nak Plat Kereta...

JANGAN lepaskan peluang membida dan memiliki nombr plat pendaftaran GT, plat yang dan kelihatan...

PRK DUN Seri Setia:...

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia...

Musa Fail Writ Mohon Pengisytiharan Beliau KM Sabah Sah

KOTA KINABALU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini memfailkan writ saman terhadap Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Shafie Apdal memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa majlis mengangkat sumpah presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah adalah menyalahi perlembagaan.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa apa-apa dan semua tindakan oleh Shafie yang dikatakan sebagai Ketua Menteri adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai.

Writ itu difailkan oleh Tetuan F.T. Ahmad & Co, yang mewakili Musa dan menamakan Tun Juhar dan Mohd Shafie, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, sebaik writ diserahkan, Juhar dan Shafie mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan kehadiran..


Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei sementara Mohd Shafie mengangkat sumpah pada 12 Mei. – BERNAMA

Kategori