Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Orang Dalam’ Disyaki Dalang...

KOTA KINABALU - Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean...

Tahallul Siyasi PAS Kembali...

Positif, bersedia, memberangsangkan antara perkataan disebut Pengerusi PN, Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin...

Library MMU Diceroboh Babi...

PUTRAJAYA - Kerja membersih dan menyamak ruang dalam perpustakaan Multimedia University (MMU) di...

Kelonggaran Suami Isteri Berjauhan...

PUTRAJAYA - Kelonggaran merentas negeri bagi suami atau isteri berjauhan atas faktor bekerja...

Murid Sanggup Habiskan RM100 Untuk Beli Bendera

SETIU – Bagi kebanyakan kanak-kanak, wang RM100 amat tinggi nilainya dan biasanya akan menyimpannya atau membeli barangan kesukaan mereka seperti buku atau permainan.

Namun berbeza halnya dengan Muhamad Zahim Aisay Fauzi, 9, yang sanggup membelanjakan wang sakunya sebanyak itu untuk menghiasi basikal kesayangannya dengan Jalur Gemilang bagi menonjolkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 pada 31 Ogos ini.

“Saya gunakan duit itu untuk beli 14 helai bendera jalur gemilang pelbagai saiz dan lain-lain peralatan untuk menyertai perarakan berbasikal bersama rakan-rakan sekolah pada Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Setiu.

“Setiap hari saya simpan duit saku sebanyak RM2 sejak tiga bulan lalu dan ditambah pula dengan duit tabung saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada program itu di Homestay Wetland Kampung Fikri di sini hari ini.

Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Setiu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Setiu, dan Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) Kampung Fikri dan disertai oleh lebih 500 penduduk setempat.

Turut hadir Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang; Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris; dan Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) Kampung Fikri, Wee Beng Hai.


Sementara itu, seorang penduduk kampung berkenaan Wahab Alias, 53, yang turut menyertai sambutan tersebut berkata sambutan seperti itu dapat menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

“Dengan mengadakan sambutan seperti ini kita dapat semaikan perasaan rasa sayang dan menghargai pengorbanan masyarakat dahulu untuk memperjuangkan kemerdekaan.

“Saya turut merasai kemeriahan sambutan ini apabila berpeluang menyertai perarakan bot berhias jalur gemilang bersama 15 buah bot nelayan dari Kampung Fikri yang mana kami berarak sejauh satu kilometer dari jeti Haji Ismail ke jeti Homestay Wetland,” katanya. – BERNAMA

Kategori