Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadi Mesra, Berbesar Hati...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat berbesar hati...

Bilal Masjid Parah Dibakar...

BILAL di Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat, Alor Setar melecur di beberapa bahagian badan...

‘Harimau Jadian’ Di Pintu...

REKA bentuk mercu tanda di Kerinchi bakal diterapkan elemen yang dapat melambangkan identiti...

UMNO Arah 191 Bahagiannya...

KUALA LUMPUR : UMNO mengarahkan semua 191 Bahagiannya termasuk pergerakan Wanita, Pemuda dan...

Mufti, MAIS Diminta Adakan Pertemuan Dengan SIS – Azmin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Mufti Negeri dan Sisters In Islam (SIS) bertemu bagi meleraikan kontroversi fatwa yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan itu.

Azmin berkata beliau telah mendapatkan penjelasan mengenai isu itu menerusi Mufti Negeri dan kemudian membincangkannya dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang kebetulan diadakan pada Isnin lepas.

“Perlu diingatkan bahawa saya bukanlah anggota Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Pejabat Menteri Besar tidak berkuasa ke atas sebarang hal berkaitan fatwa.

“Saya benar-benar berharap dengan perkenan Sultan Selangor, konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka akan membantu untuk membawa suasana harmoni seperti mana yang dianjurkan oleh Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, SIS dilaporkan mahu memohon semakan kehakiman mengenai fatwa Mais yang mengisytiharkan pertubuhan itu membawa fahaman sesat iaitu liberalisme dan pluralisme. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori