Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Anita Rafar Meninggal...

SUAMI kepada pelakon Anita Rafar, iaitu Datuk Zainal Osman Mohd. dilaporkan meninggal dunia di...

Ryan Gosling Beri Bunga...

AKTOR kacak Ryan Gosling sekali lagi memberikan penghormatan kepada peminatnya, Ryan McHenry yang mati...

Bapa Menteri Besar Perak...

IPOH - Bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir...

Takut Kena Saman, Pian...

SEBAB tu pepatah ada berkata, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata... Saman makan...

MTRK Mahu Undang-Undang Keras Hina Institusi Diraja

KOTA BHARU – Kerajaan digesa wujudkan undang-undang yang lebih ‘keras’ bagi membendung gejala mempersendakan institusi diraja di negara ini.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, undang-undang yang lebih keras itu harus diwujudkan berikutan semakin ramai pihak yang telah mempermainkan dan menghina institusi diraja yang menjadi asas kepada perlembagaan negara.

“Sudah kerap kali perkara ini berlaku jika tindakan lebih tegas tidak dikenakan kepada pelaku, institusi diraja akan terus dihina dan dipermainkan yang akhirnya memberikan kesan buruk kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

“Sekarang bukan zaman amaran, rakyat sudah bosan. Sekarang zaman tindakan iaitu terus tangkap dan dibawa ke muka pengadilan bagi memberikan pengajaran kepada pelaku,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Sebelum ini kerajaan dilaporkan akan menggubal satu akta baharu yang berperanan melindungi serta memelihara kemuliaan institusi diraja daripada dihina dan dipersenda. – BERNAMA

Kategori