Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Julia Roberts Dinobat Wanita...

PELAKON Pretty Woman, Julia Roberts baru-baru ini dinamakan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017...

Polis Tahan 9 Lelaki...

JOHOR BAHRU - Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes pencemaran toksik...

Bil SYABAS Boleh Dibayar...

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berkata mulai 1 Jan, 2018,...

4 Pegawai Kanan TLDM...

IPOH - Empat pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk pasangan suami...

MTPNK Siasat Dakwaan Mangsa Tercicir Bantuan RKB

JELI – Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) akan menyiasat dakwaan bahawa masih terdapat mangsa banjir 2014 yang belum mendapat bantuan Rumah Kekal Baharu (RKB) di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebelum ini, jawatankuasa bencana di peringkat pusat dan negeri telah melakukan bancian terhadap mangsa bencana tersebut namun kini timbul pula isu terdapat beberapa mangsa yang masih gagal mendapatkan RKB.

“Kami akan melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh beberapa individu berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pengindahan Landskap Masjid Sultan Muhammad 1 di sini hari ini.

Beliau berkata masalah berkenaan timbul kerana mungkin ada segelintir mangsa yang tidak berpuas hati dengan pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan bancian.


“Jawatankuasa bencana merasakan hal ini telah selesai dan fail telah ditutup sejak setahun lepas, namun selepas ada laporan-laporan ini kita akan buka semula fail. Kita akan selesaikan masalah ini dengan baik,” katanya. – BERNAMA

Kategori