Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Vivo V20, V20 Pro...

KUALA LUMPUR - Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu...

Video: Dua Wanita Disamun,...

DUA wanita menghadapi saat mencemaskan apabila diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di hadapan...

Lelaki Rakyat Vietnam Mati...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki rakyat Vietnam dijumpai mati dipercayai akibat ditikam di...

Mahu Beraya, 57 Mat...

Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya...

MTEM Sokong Syarikat Jual Kontrak Disenarai Hitam

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyokong cadangan supaya kerajaan menyenarai hitam syarikat-syarikat yang menjual kontrak eksklusif Bumiputera kepada pihak lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Mahshar berkata, cadangan yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Menteri Pelajaran,Datuk Mohd. Puad Zarkashi itu sangat wajar kerana perbuatan tersebut merupakan sabotaj kepada ekonomi negara.

“Kami menyokong kenyataan itu kerana ia salah satu resolusi yang diperjuangkan MTEM untuk memerangi sabotaj ekonomi serta menamatkan amalan syarikat Ali Baba dengan sokongan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nizam berkata, penjualan kontrak perlu dikenakan tindakan tegas dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan undang-undang itu.


Kata beliau, MTEM turut mencadangkan penubuhan sebuah agensi pemerakuan di bawah SPRM untuk memastikan syarikat tidak mengamal penjualan kontrak kerajaan Bumiputera kepada orang lain untuk mendapatkan duit dengan cara mudah.

Menurutnya, langkah itu perlu demi menggalakkan usahawan Bumiputera yang sebenar menyertai dunia perniagaan dan menguji keupayaan mereka dalam pasaran yang lebih mencabar dengan adil.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MTEM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori