Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun Mahathir Dibenar Keluar...

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara...

Tindakan Tegas Pihak Hina...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO berpendirian bahawa tindakan tegas perlu diambil kepada pihak...

KPM Bentang Garis Panduan...

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan membentang Garis Panduan Pengurusan dan...

PRK Balakong: Isu Hapuskan...

BALAKONG - Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MCA harus menyuarakan isu penghapusan...

M’sia Tak Minat Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2022

KUALA LUMPUR – Malaysia mengulangi pendirian untuk tidak membida Sukan Komanwel 2022 walaupun Kuala Lumpur disenarai pendek oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai antara negara berpotensi menjadi tuan rumah temasya sukan empat tahun sekali itu.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jafar berkata mereka perlu mendapat persetujuan kerajaan sekiranya berhasrat membida temasya edisi 2022 itu kerana penganjuran temasya itu melibatkan perbelanjaan yangn sangat besar.

“Kami banyak berpengalaman dalam menjadi tuan rumah temasya sukan termasuk Sukan Komanwel 1988 tetapi saya fikir semua orang tahu bahawa ia melibatkan kos yang tinggi dan oleh itu saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan membida temasya sukan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang media di akhir lawatan tiga hari Ketua Pegawai Eksekutif CGF, David Grevemberg ke Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Grevemberg berkata 10 buah bandar raya telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah edisi 2022 selepas CGF melucutkan hak bandaraya Durban di Afrika Selatan untuk menganjurkan sukan itu susulan kegagalan demi kegagalan bandar raya itu menepati tarikh akhir serta masalah kewangan.

Difahamkan antara bandar raya yang berminat menggantikan Durban adalah Perth dan Melbourne di Australia, Brimingham dan LIverpool (England) dan Victoria dan Toronto di Kanada.

Bandaraya Gold Coast di Australia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2018 yang dijadual dari 4 hingga 15 April tahun depan.


Grevemberg menegaskan bahawa CGF berharap untuk mencari pembida edisi 2022 itu yang akan memenuhi wawasan persekutuan sukan itu iaitu membina sebuah masyarakat yang aman damai, mampan dan sejahtera melalui penglibatan atlet dan masyarakat.

Mengenai lawatan ke Malaysia, katanya, beliau gembira melihat pelbagai pembangunan kemudahan sukan dilaksanakan pada masa ini.

“Ini adalah lawatan ketiga saya ke negara ini sejak 2001 dan saya begitu kagum melihat pembanguinan berterusan di Kuala Lumpur khususnya usaha membaik pulih beberapa venue sukan yang sememang satu contoh yang baik kepada negara-negara anggota Komanwel dan seterus kepada dunia,” katanya.

Beliau tiba bersama dua lagi anggota CGF – David Leather dan Johan Baker – untuk meninjau kemudahan sukan dan kemampuan Malaysia menganjurkan temasya sukan itu.

Delegasi CGF itu kemudian berlepas ke Gold Coast hari ini untuk melihat persiapan bandar raya itu untuk menganjurkan temasya sukan itu tahun depan. – BERNAMA​​​

Kategori