Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

NAZA Hadiah Kia Sportage...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin, hari ini...

SPRM Akan Panggil Pengurusan...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi termasuk...

Polis Thai Sambung Semula...

PATHUM THANI - Polis dengan dibantu tentera semalam menyambung semula usaha mencari ketua...

Yusri Che Lah Mahu...

KOTA BHARU - Pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mahu membalas kepercayaan Persatuan...

Malaysia Mula Langkah Kanan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF

KUANTAN – Skuad Malaysia memulakan aksi dengan langkah kanan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF Felda 2014 apabila melakar kemenangan bergaya 6-3 ke atas Myanmar hari ini.

Ketua Jurulatih Malaysia Wan Adremy Indra Wan Adnan mengakui anak didiknya agak gugup pada permulaan perlawanan sebelum kembali yakin untuk mencatat kemenangan.

“Kita berharap kemenangan ini akan membakar semangat pemain untuk beraksi dengan lebih baik esok. Apabila turun menentang Laos, kita meletakkan misi untuk meraih tiga mata penuh bagi meneruskan kemaraan,” katanya selepas perlawanan itu.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati namun Malaysia pantas membuka jaringan menerusi Mohd Jamil Daud di minit pertama sebelum Myanmar menyamakan kedudukan melalui pemainnya, Aung Soe Moe
pada minit kedua.

Malaysia berusaha untuk menjarakkan keputusan menerusi Mohd Ridwan Mohd Nor yang meledakkan gol kedua pada minit ke-14 namun selang seminit, Myanmar menyamakan kedudukan menerusi jaringan Aung Soe Moe.

Malaysia kembali di hadapan apabila Muhamad Norazman A Bakar menjaringkan gol ketiga di minit ke-20 sebelum menambah jaringan pada minit ke-25 menerusi Mohd Khairul Mohamad.


Myanmar sekali lagi kembali mengejar dengan jaringan Aung Than Win di minit ke-30.

Bagaimanapun, Malaysia memastikan kemenangan sah milik mereka apabila dua lagi gol disumbat oleh Mohd Fakhrullah Mohamad dan Mohd Zaharim Mohd Yusof masing-masingnya di minit ke-28 dan 34.

Perlawanan itu disaksikan Presiden FAM yang juga Tengku Mahkota Pahang Datuk Tengku Abdullah Ahmad Shah dan Setiausaha Kehormat AFF Datuk Azzuddin Ahmad.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Laos menundukkan Filipina 5-2. Indonesia pula menungguli slot teratas Kumpulan A selepas menewaskan Felda 10-2 manakala Thailand menewaskan Vietnam 4-3. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori