Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Pusat Penerimaan...

Pecahan Kos RM25 Juta...

Pelakon, Shaheizy Sam, 34; dan Syatilla Melvin, 25; yang berkahwin 8 Februari lalu...

Gesa Siasat Tommy Thomas...

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan...

Projek Sungai Nadi Kehidupan...

KUALA LUMPUR - Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River Of Life (ROL) yang...

Malaysia Mampu Kukuh Lagi Aspek Permulaan Bisnes

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu memperkukuhkan lagi aspek permulaan perniagaan walaupun enam pembaharuan telah dilaksanakan ke atasnya sejak 15 tahun lepas, kata Bank Dunia.

Pengurus Negara Bank Dunia di Malaysia, Faris Hadad-Zervos ​​​​​​​berkata penting memberi tumpuan​​​​​​​kepada aspek itu terutama dari segi kesukaran yang dialami perusahaan kecil dan sederhana, memandangkan kerajaan ​terus mengukuhkan rangka kerja kawal selia perniagaan.

“Malaysia telah memudahkan pendaftaran perniagaan baharu dengan mewujudkan perkhidmatan pusat sehenti dan memperkemaskan proses pendaftaran melalui pengenalan e-Lodgement.

“Dengan berbuat demikian, tempoh yang diperlukan untuk mendaftarkan perniagaan baharu ​​pada masa kini ​​​​​dipendekkan kepada 18 hari berbanding 36 hari pada 15 tahun lepas, manakala kos dikurangkan kepada​​​​​​​lima peratus ​​​​​​​berbanding 33 peratus daripada pendapatan per kapita,” katanya kepada​ ​​​​​pemberita ​selepas melancarkan laporan ‘Doing Business’ terkini oleh Kumpulan Bank Dunia di sini, hari ini.

Laporan ‘Doing Business 2018: Reforming to Create Jobs’ mendapati pembaharuan pada tahun lepas​​​​​​​dilaksanakan dalam aspek mendapatkan kredit, urus niaga rentas sempadan dan melindungi pelabur minoriti.

Malaysia terus menambah baik iklim perniagaan untuk usahawan tempatan dengan mewujudkan tiga pembaharuan perniagaan pada tahun lepas, menurut laporan tersebut.

Dalam mempertingkatkan akses kepada kredit, sebagai contoh, Faris berkata Malaysia turut memperkenalkan pendaftaran cagaran yang moden.


Selain itu, Malaysia memudahkan lagi pengimportan dan pengeksportan dengan menambah baik infrastruktur, kelengkapan dan kemudahan di Pelabuhan Klang, yang memacu pengurangan tempoh​​​​​​​ pematuhan sempadan bagi kedua-dua aktiviti itu, katanya.

Laporan tersebut turut menyatakan Malaysia kekal dalam senarai 25 ekonomi teratas daripada 190 ekonomi dunia.

Bagaimanapun, Malaysia turun kepada kedudukan 24 daripada ke-23 tahun lepas.

Laporan Bank Dunia itu merupakan yang ke-15 dalam siri laporan tahunan yang menilai pengawalseliaan terhadap 11 aspek hayat perniagaan.

Sejak 15 tahun lepas, Malaysia telah melakukan 23 pembaharuan dalam meningkatkan pengawalseliaan perniagaan, lebih tinggi berbanding purata sebanyak 15 bagi setiap negara di Asia Timur dan rantau Pasifik. – BERNAMA

Kategori