Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RMKe-12 Tumpu Kebajikan, Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi...

DAP Yakin Masyarakat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin tiga juta ahli UMNO...

Warga Sekolah Boleh Makan...

PETALING JAYA – Kesemua guru, murid dan warga sekolah dibenarkan makan di kantin...

Daftar E-Kad Segera Atau...

KUALA LUMPUR - Majikan perlu segera mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk...

M’sia, Indonesia Digesa Bekerjasama Tingkatkan Minyak Sawit

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia perlu bekerjama untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam pasaran global dan menangani salah faham yang menyelubungi komoditi itu terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, kata Pengarah Eksekutif Oil World Thomas Mielke.

Beliau berkata dua pengeluar minyak sawit utama dunia itu perlu giat menyebarkan fakta sebenar bahawa minyak sawit dihasilkan secara lestari.

“Ia juga perlu termasuk sekali usaha menambah baik standard dan kriteria perladangan yang sama seperti minyak kacang soya, minyak biji anggur dan juga minyak bunga matahari.

“Terdapat banyak bantahan terhadap minyak sawit di banyak negara di dunia, Tetapi, ini semua berdasarkan kepada maklumat palsu disebabkan oleh aktiviti pertubuhan bukan kerajaan.

“Justeru itu, penting bagi Malaysia dan Indonesia untuk saling bekerjasama dan berbincang dengan Kesatuan Eropah (EU), sebagai contoh, dan negara-negara lain untuk melindungi tanaman itu,” kata penganalisis minyak boleh dimakan itu kepada Bernama baru-baru ini.

Mielke berkata kedua-dua negara perlu bekerjasama dalam aktiviti promosi di negara-negara yang mengehadkan penggunaan minyak sawit.

Menurutnya, dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang, niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivative dijangka meningkat kepada antara paras RM2,400 hingga RM2,600 setan metrik.

Sementara itu, Kamles Lardi, Rakan Pengurusan Lardi & Partner Consulting GmbH, Strategy and Business Advisory, menggesa Malaysia mengadakan kempen besar-besaran untuk berkomunikasi secara terus dengan masyarakat umum di EU membantah cadangan larangan penggunaan minyak sawit.


“Kira-kira 43 peratus orang Eropah aktif menggunakan media sosial, oleh itu, ia adalah cara yang baik untuk berkomunikasi dengan mereka,” katanya.

Pihak yang berkempen di EU telah bertahun-tahun menyebarkan maklumat palsu tentang minyak sawit Malaysia mendakwa ia tidak dihasilkan dengan cara yang mesra alam.

Mengulas perkara ini, Lardi berkata komunikasi secara menyeluruh dengan masyarakat umum akan membawa kesan ketara, bukan hanya dalam kalangan rakyat, tetapi juga pengawal selia.

Ia perlu digunakan untuk menyebarkan maklumat yang betul dan bukannya bila berlaku krisis, katanya. – BERNAMA

Kategori