Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Reen Rahim Sedang Dilamun...

PELAKON Reen Rahim atau nama penuhnya Noreen Ashikin binti Abdul Rahim, 28, mengakui...

Potong Gaji Menteri Akan...

KUALA LUMPUR - Potongan 10 peratus terhadap gaji semua menteri kabinet akan diteruskan,...

Mungkin Ini Nama Untuk...

JIKA diperhatikan sekarang memang ramai ibu bapa gemar memberikan nama-nama 'bombastik' buat anak-anak...

Sultan Nazrin Kurnia Surat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan...

MSCSPGA Dakwa Rugi Setengah Bilion Ringgit Kerana Rokok Seludup

KUALA LUMPUR – Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) mendakwa hasil daripada jualan rokok dalam kalangan peniaga berkurangan hampir setengah bilion ringgit disebabkan peningkatan mendadak penjualan rokok tidak sah di negara ini.

Presidennya, Ho Su Mong mendakwa, harga rokok sah yang mahal selepas peningkatan cukai rokok sebanyak 40 peratus pada tahun lalu mengakibatkan peningkatan permintaan untuk rokok tidak sah dalam kalangan perokok meningkat.

“Selain daripada minuman dan makanan, sumber utama pendapatan bagi kedai kopi dan restoran termasuklah penjualan rokok. Kini pengguna tidak lagi membeli rokok daripada peniaga yang sah sebaliknya mereka mencari penjual rokok tidak sah.

“Sesiapa sahaja boleh membeli rokok tidak sah dengan mudah, malah hampir separuh daripada pasaran rokok di Malaysia adalah tidak sah. Pada masa yang sama, jualan runcit rokok sah menurun sebanyak 30 peratus kerana ramai perokok memilih untuk membeli rokok tidak sah yang murah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Su Mong, MSCSPGA merayu kepada kerajaan supaya mempertimbangkan nasib peruncit-peruncit termasuk peniaga kedai kopi dan restoran yang terancam akibat jualan rokok tidak sah semakin berkembang.


Beliau menjelaskan, harga rokok tidak sah dijual dengan harga kurang daripada RM3 sebungkus yang jauh lebih murah berbanding rokok yang dikenakan cukai menyebabkan peruncit yang menjual rokok sah tidak mampu bersaing dengan sindiket yang menjual rokok tidak sah.

Sehubungan itu, katanya, MSCSPGA berharap dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan kerajaan untuk merangka cara penyelesaian dan polisi bagi membantu mengurangkan beban dan kerugian yang dihadapi oleh peruncit disebabkan penjualan rokok tidak sah. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori