Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

“Dah Kahwin Baru Rasa...

SELEPAS bergelar sebagai sorang isteri, pelakon Izara Aishah kini baru merasai bahawa dirinya...

Kesan Keseluruhan Kadar Sifar...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat penilaian keseluruhan terhadap...

Hutang Negara Tak Kurang...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak pelik hutang negara tidak kurang satu...

PDRM Peruntuk RM1.5 Juta...

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu...

MRT Corp Puji Syarikat MGKT, Herrenknecht AG

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengucapkan tahniah kepada syarikat MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) dan Herrenknecht AG of Germany kerana memenangi Anugerah Ruang Bawah Tanah dan Terowong Antarabangsa 2014.

MRT Corp dalam satu kenyataan media memberitahu, kedua-dua syarikat itu memenangi anugerah di bawah kategori inovasi teknikal kerana alat `Variable Density Tunnel Boring Machine’ mereka.

“Alat `Variable Density Tunnel Boring Machine’ digunakan dalam projek MRT untuk menangani masalah dalam pembikinan terowong disebabkan faktor geografi di Kuala Lumpur.

“Penggunaan alat ini membolehkan kerja berjalan dengan baik,” kata kenyataan itu hari ini.


Sehubungan itu, MRT Corp mengucapkan tahniah kepada MGKT kerana membawa kejuruteraan terowong ke tahap baharu di peringkat antarabangsa.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita berasa bangga dengan pencapaian mereka,” kata kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori