Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Perjanjian NCA Belum Dimuktamadkan:...

Kota Kinabalu : Perjanjian Konservasi Alam Semulajadi (NCA) berkaitan perdagangan kredit karbon belum...

Semua Pihak Diseru Sokong...

KUALA LUMPUR - Gabungan 115 ilmuwan doktor falsafah (PhD) institusi pengajian tinggi (IPT)...

12 Murid Turut Jadi...

MIRI - Seorang guru yang ditangkap pada Selasa lepas kerana mencabul kehormatan seorang...

PRU15: Terjemah Kemarahan Terhadap...

TAIPING – Anggota tentera perlu menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung dakwaan...

MPT Buka Permohonan Lesen Usaha Trak Makanan

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) membuka permohonan lesen kepada pengusaha makanan yang mahu menjalankan perniagaan trak makanan di daerah ini, kata Presidennya Alijus Sipil.

Beliau berkata permohonan lesen itu juga tertakluk kepada keperluan pengusaha mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan selain keperluan kenderaan (trak makanan) yang perlu dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan bomba.

“Saya berharap mana-mana pengusaha yang berminat agar mematuhi syarat berkenaan dan mendapatkan kelulusan daripada MPT dari segi lokasi yang dipilih.

“Apabila ada festival atau acara besar kita (MPT) juga boleh meminta mereka (pengusaha) untuk berniaga di kawasan terlibat dan tidak semestinya hanya berniaga di kawasan yang dimohon,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sehingga kini MPT telah meluluskan lapan permohonan lesen perniagaan trak makanan yang aktif beroperasi di sekitar Tawau.


“Perniagaan ini semakin diterima ramai dan MPT menggalakkan lagi aktiviti berjaja melalui kenderaan kerana ini merupakan antara usaha bagi meningkatkan industri makanan dan sektor ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Alijus berkata orang ramai yang berminat memohon lesen berkenaan boleh terus ke MPT untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai platfrom untuk membantu masyarakat yang mahu menceburi bidang keusahawanan dan memajukan diri. Mereka hanya perlu merebut peluang yang disediakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori