Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Implikasi Pengeluaran KWSP Mungkin...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengulangi pendirian berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

HK Lumpuh Dibadai Nida,...

HONG KONG - Taufan Nida membadai Hong Kong awal pagi Selasa, dengan angin...

Maybank Tangguh Bayaran Ansuran...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Maybank mengumumkan tawaran moratorium berkuatkuasa serta merta kepada mangsa...

Dikutuk ‘Kayu’, Fattah Amin...

KUALA LUMPUR - Pelakon Fattah Amin berkongsi kata-kata yang memberi inspirasi kepadanya sepanjang...

Moto2: Hafizh Syahrin Bermula Di Barisan Keempat

SEPANG – Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mencatat masa ke-11 terpantas dengan 2 minit 07.137 saat pada sesi kelayakan Shell Malaysia Motorsikal Grand Prix 2017 di Litar Sepang hari ini.

Dengan kedudukan itu, pelumba berusia 23 tahun itu akan bermula di barisan keempat dengan diapit pelumba Itali Mattia Pasini dari Italtrans Racing Team dan Axel Pons dari RW Racing GP yang masing-masing mencatat masa 2:07.123s dan 2:07.212s.

Hafizh berkata beliau berharap dapat mempamerkan aksi yang lebih baik dan mencapai keputusan yang memberangsangkan di hadapan penyokong tempatan.

“Pada selekoh pertama, bolehlah agresif tapi kita akan lihat keadaan esok. Tahun lepas, saya bermula di petak tengah dan terus ke depan…mungkin akan cuba buat macam perlumbaan tahun lepas.

“Saya yakin boleh buat yang terbaik di depan penyokong sendiri. Saya ambil semangat para penyokong yang banyak beri sokongan kepada saya dengan membeli baju saya…saya perlu balas sokongan mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Hafizh yang terkenal dengan jolokan Pescao55, berkata beliau mungkin menghadapi kesukaran jika perlumbaan esok berlangsung dalam keadaan kering.

Pakar litar basah itu berharap perlumbaan diadakan dalam keadaan hujan kerana ia merupakan satu kelebihan buatnya.

“Dalam cuaca panas, saya perlu berhati-hati kerana bimbang tayar yang tidak mampu bertahan lama. Saya harap permulaan akan mudah buat saya,” katanya.


Sementara itu, Khairul Idham Pawi yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia, pula terpaksa bermula di barisan belakang selepas menduduki tempat ke-23 dengan catatan masa 2:07.768s.

Khairul Idham atau lebih dikenali dengan Super KIP berkata momentumnya hilang selepas beliau terjatuh di selekoh 2 pada awal sesi kelayakan berlangsung.

“Agak sukar bagi saya untuk terus kekalkan momentum…esok saya akan cuba lebih baik dan berharap tidak berlaku kemalangan,” katanya.

Untuk rekod, selepas 16 pusingan, Hafizh menduduki tempat ke-11 dengan 86 mata manakala Khairul Idham pula di kedudukan ke-25 dengan 10 mata. – BERNAMA

Kategori