Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PKR Ditahan Polis

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PKR Cabang Batu di sini, ditahan polis bagi...

Awi Kenal Atikah Ketika...

PENYANYI, Awi Rafael mendedahkan dia hanya mula mengenali tunangnya, Atikah Suhaimie ketika masih...

Bakti Anjur Program Tanam...

BENTONG - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyertai program...

Juliana Evans Biasakan Diri...

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati April lalu, Tengku Sharifuddin Shah...

Momo Challenge Ragut 2 Nyawa

KOLKATA – Pihak berkuasa di utara Bengal mengambil langkah berjaga-jaga berikutan laporan dua individu membunuh diri setelah menyertai permainan atas talian, Momo Challenge.

Menurut seorang pegawai penguasa, selain menghantar arahan berjaga-jaga ke semua balai polis di daerah berkenaan, pihaknya turut meminta institut pengajian agar mengawasi corak tingkah laku pelajar.

Risalah turut diedarkan kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya Momo Challenge.

“Selepas Blue Whale Challenge, kini kita berdepan Momo Challenge yang semakin menular menerusi aplikasi WhatsApp, anggota kami telah diarahkan untuk memantau situasi terkini berhubung kes ini,” katanya.

Sementara itu, laporan mengatakan Momo Challenge telah meragut nyawa seorang remaja berusia 18 tahun, Manish Sarki pada 20 Ogos lalu manakala Aditi Goyal, 26, pula dilaporkan maut sehari selepas itu.


Polis mengesyaki kematian kedua-dua mangsa yang berasal dari Kurseong di daerah Darjeeling itu mempunyai kaitan dengan permainan atas talian berkenaan yang menggalakan pemainnya membunuh diri.

Pakar siber, Sandeep Sengupta menasihati orang ramai agar tidak menerima sebarang ‘jemputan’ untuk menyertai Momo Challenge dari nombor tidak dikenali dan tidak membuka tautan yang mencurigakan. – NDTV/mStar Online

Kategori