Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Kerana...

Ampang Jaya : Pasangan suami isteri warga asing ditahan polis di Taman Putra...

Polis Tambah Kekuatan Anggota...

TAWAU - Polis Sabah menambah kekuatan anggotanya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)...

Geng Ragut Rantai Guna...

SEPANG - Polis Sepang menumpaskan sekumpulan empat wanita yang melakukan jenayah ragut barangan...

Guru Besar Ditetak Hingga...

GURU besar di sebuah sekolah ditetak dihadapan 20 orang pelajarnya. Ketika kejadian, guru besar...

Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Sebelum 31 Januari

PUTRAJAYA — Pekebun kecil dan penoreh getah yang masih belum memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diminta berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Jan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://bmt.lgm.gov.my/Home/Application; atau melalui aplikasi mobil LGM BMT yang dimuat naik daripada Google Play Store; atau menghantar borang BMT di mana-mana pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) wilayah atau negeri.

Menurutnya, bayaran ketiga BMT mulai dibayar pada 1 Jan lepas di seluruh negara oleh LGM dan agensi-agensi berkaitan.

“Kementerian serta LGM sentiasa memastikan pelaksanaan pemberian BMT berjalan lancar dan disampaikan kepada kumpulan sasar yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan semasa pembentangan Bajet 2017 telah mengumumkan BMT sebanyak RM200 pada November dan Disember 2017 serta Januari 2018 yang memanfaatkan seramai 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

“Objektif pemberian bantuan ini adalah bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil dan penoreh getah terpelihara sewaktu musim tengkujuh. Peruntukan yang telah disediakan bagi tujuan tersebut adalah sebanyak RM261 juta,” katanya.


Mah berkata proses pembayaran BMT pertama telah dilaksanakan mulai 1 Nov 2017 dan seramai 275,605 orang pekebun kecil dan penoreh getah telah menerima bantuan tersebut.

Proses pembayaran BMT kedua pula dilaksanakan mulai 1 Dis sehingga 29 Dis 2017 membabitkan 283,258 orang pekebun kecil dan penoreh getah, katanya. – BERNAMA

Kategori