Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Pesakit Kanser Berhajat...

BUTTERWORTH - Dua pesakit kanser hari ini menyatakan hasrat untuk melancong ke Pulau...

Melaka Mengundi: Idris Haron...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri...

Presiden Pakistan Setuju Bubar...

ISLAMABAD – Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi membubarkan Dewan Negara atas nasihat Perdana...

AJK Surau Di Putrajaya...

SEBAGAI seorang yang diberi kepercayaan menjaga hal ehwal tempat ibadah, Ahli Jawatankuasa (AJK)...

Harap Banyak Tabika Kemas Dibuka Di N.Sembilan

REMBAU – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar lebih banyak taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dapat dibuka di negeri ini memandangkan terdapat permintaan daripada ibu bapa.

Beliau berkata kebanyakan ibu bapa berminat untuk menghantar anak-anak mendapatkan pendidikan awal di tabika Kemas disebabkan faktor kadar yuran yang murah dan berdekatan dengan perumahan mereka.

“Yuran dikenakan hanya RM25 sebulan dan itupun digunakan untuk penyediaan makanan anak-anak. Malah mereka yang belajar di situ lebih cemerlang berbanding di prasekolah lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Aktiviti Kemas Dewan Undangan Rantau dan Bengkel Keibubapaan di sini, hari ini.

Setakat hari ini, terdapat 464 Tabika Kemas di seluruh negeri melibatkan 10,310 murid.

Sementara itu, Mohamad turut berpesan kepada ibu bapa supaya memberikan perhatian sewajarnya terhadap anak-anak terutamanya peringkat umur empat hingga 15 tahun.


“Sekarang ini terdapat pelbagai gajet dan media yang mendedahkan anak-anak kita dengan dunia tanpa sempadan ini dan kita kena pastikan pemikiran anak-anak ini tidak dipengaruhi dengan maklumat tidak betul di laman sosial,” katanya. – BERNAMA

Kategori