Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hanifah Tak Minat Jadi...

KUCHING - Penasihat baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree...

Harimau Malaysia Benam Papua...

SHAH ALAM - Skuad Harimau Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 ke...

LGE Rayu Luluskan Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini merayu...

Wakil Rakyat BN Kedah...

ALOR SETAR – Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengakui...

Model Sabah Jadi Tumpuan Di Trek Olahraga

IPOH – Kuartet ‘ayu’ 4×100 meter Sabah mencuri perhatian penonton yang hadir sebaik memasuki balapan bagi menyertai acara berkenaan yang berlangsung di Stadium Perak, hari ini.

Rata-rata mata penonton tertumpu kepada empat gadis ayu Sabah iaitu Chelsea Cassiopea Evali Bopulas, Ikma Syaffiera Duris, Karmentina Nadia Quadra dan Nur Aishah Rofina Aling yang memulakan aksi di lorong kelapan.

Selain menjadi atlet, pelari ketiga Sabah, Karmentina merupakan seorang model sambilan di Sabah dan mula menceburi bidang olahraga sejak berumur 13 tahun ketika beliau di bangku sekolah.

Gadis berusia 18 tahun yang mempunyai darah kacukan Filipina itu bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih olaraga yang terkemuka suatu hari nanti.

Menurut beliau, apa yang dilakukannya ketika ini adalah demi untuk masa depan yang lebih baik dan untuk mengharumkan nama keluarga.

“Saya hendak lihat ibu (Kalistah Jetirin Sitaun) dan ayah (Oswald Nathy Quadra) bangga dengan apa jua yang saya lakukan dan ingin membalas jasa mereka,” katanya yang kini sedang menyambungkan pelajaran pra-universiti di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.


Karmentina mengakui beliau akan bernyayi dan menari untuk mengurangkan tekanan dan rasa gementar sebelum bertanding dalam satu-satu kejohanan.

Sementara itu, pada aksi berkenaan, kuarter Sabah meraih pingat perak setelah ketinggalan hanya 0.5 saat dibelakang kuartet emas Terengganu yang diwakili Azreen Nabila Alias, Nurul Alyssa Azman, Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Siti Norzullaika.

Manakala pingat gangsa menjadi milik kuartet Kedah yang merakam masa 48.74s menerusi Fatin Ilyana Mat Nayan, Nor Ashikin Md Isa, Rabiatul Yusra Adenan dan Teoh Kim Ling. – BERNAMA

Kategori