Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadiah Perkahwinan Jadi Penutup...

HULU TERENGGANU - Selimut tebal Toto yang sepatutnya menjadi hadiah perkahwinan seorang anggota...

Perwakilan UMNO Dijangka Luluskan...

PONTIAN : Usul meminda Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya...

Belia Disaran Beri Lebih...

KUALA LUMPUR - Belia perlu memberi lebih banyak tumpuan terhadap usaha membina kerjaya...

Darjah Kebesaran Pembakar Semangat...

KUALA LUMPUR - Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri yang dikurniakan Bintang Ahli...

MOA Gesa Belia Rebut Geran Program Agropreneur Muda

BALING – Hanya 10 peratus daripada RM100 juta geran yang diperuntukkan bagi Program Agropreneur Muda digunakan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata jumlah itu agak membimbangkan kerana ia menunjukkan bidang pertanian belum menjadi pilihan utama golongan muda.

“Kita mahu golongan belia rebut peluang untuk mendapatkan dan menggunakan geran tersebut.

“Tahun ini, seramai 3,000 belia disasarkan untuk dibangunkan menerusi Program Agropreneur Muda sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agropreneur Muda Parlimen Baling di Kompleks Rakan Muda Baling hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Puteri Baling Suriyati Che Nik dan kira-kira 200 peserta seminar itu.

Tajuddin berkata antara langkah proaktif MOA adalah dengan menarik penglibatan belia di negeri-negeri yang mempunyai potensi tinggi dalam sektor pertanian.

“Baling adalah kawasan berpotensi tinggi dalam bidang pertanian. Untuk itu, kita mahu golongan belia di kawasan ini menggunakan peluang itu dengan menerokai bidang ini yang mampu memberi pulangan yang lumayan,” katanya.


Sebagai langkah awal, katanya seramai 72 Agropreneur Muda di Parlimen Baling mendapat bantuan geran berjumlah RM1.2 juta melalui program itu.

Menurutnya program Agropreneur Muda yang dilaksanakan dari September 2013 hingga Disember 2016 dengan jumlah bantuan sebanyak RM62.88 juta telah memberi manfaat kepada 2,032 usahawan muda pertanian di seluruh negara.

Sementara itu, Tajuddin menegur pihak pengurusan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di beberapa kawasan tertentu yang gagal membantu memasarkan pengeluaran petani seperti mana yang dijanjikan.

“Kita menerima aduan daripada petani dari beberapa kawasan mengenai pengurusan FAMA. Saya akan lihat perkara ini dengan serius kerana sekiranya ia berterusan, ia akan membunuh semangat petani untuk mengusahakan keluaran mereka,” katanya.

Seorang penerima geran itu, Mohd Shafie Ishak, 37, yang mengusahakan tanaman durian belanda berkata bantuan sebanyak RM10,000 itu membolehkannya membeli 300 benih pokok durian belanda bagi tapak projek di Kampung Cherok Beras. – BERNAMA

Kategori