Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU...

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2022 akan diadakan pada 3 hingga 5...

Rafizi Belum Layak Jadi...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan Naib Presidennya sendiri, Rafizi...

AES Didik Pengguna Patuhi...

KUALA LUMPUR - Pemasangan 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya-lebuh...

Sultan Nazrin Titah Bendera...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menitahkan agar semua bendera...

Keluarga Mangsa Kemalangan Terima Sumbangan MMU

AWAL pagi semalam, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Desa Pinggiran Putrajaya sehingga mengorbankan tiga pelajar Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya dan menyebabkan seorang lagi parah.

Memetik laporan Berita Harian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Wira itu dalam perjalanan dari Dengkil ke Desa Pinggiran Putra sebelum kemalangan.

KEMALANGAN

Susulan kejadian itu, Presiden MMU, Profesor Dato’ Muhammad Rasat Muhammad mengucapkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Harisankar Manialagan, 18, Thivaagor Venugopal, 18, dan Thamilarasan Velayuthai, 18, yang terkorban.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana pemandu kereta tersebut, Yogan Nadarajan, 21, terselamat.

Harisankar Manialagan (Diploma Teknologi Maklumat), Thivaagor (Diploma Perakaunan) dan Thamilarasan (Asas Teknologi Maklumat) merupakan pelajar yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Justeru, meringankan beban ahli-ahli keluarga mangsa, pihak MMU telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh pegawai universiti tersebut di kediaman mereka, hari ini. – Mynewshub.cc

 

Oleh: ELZA

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori