Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sumbat Getah Paip Dalam...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa rogol terbaharu di India...

Polis Rampas Dadah RM47.2...

KUCHING: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM47.2 juta dalam beberapa serbuan dilakukan...

Peguam BAM Minta BWF...

Peguam yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengendalikan kes kegagalan ujian...

Roti Gardenia Naik Harga...

SHAH ALAM - Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL)...

MKN Tahan 90 PATI Di Labuan Dalam Operasi Bersepadu

LABUAN – Sebanyak 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu selama dua hari oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di sini, yang berakhir semalam.

Setiausaha MKN Sabah Mohd Rodzi Md Saad berkata pendatang asing terbabit adalah antara 294 orang, dengan dokumentasi meragukan, yang telah diperiksa dalam operasi itu.

Beliau berkata PATI ditahan itu terdiri daripada 87 warga Filipina, dua Indonesia dan seorang rakyat Thailand, dan mereka telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 202).

“Kesemua tahanan itu berumur satu hingga 61 tahun, dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata penahanan mereka itu menjadikan sebanyak 2,944 pendatang asing tanpa izin ditahan daripada 7,332 orang yang diperiksa dalam operasi bersepadu oleh MKN Sabah sejak Januari tahun ini.


Mohd Rodzi berkata pada masa ini, sebanyak 6,725 PATI ditahan di empat PTS di Sabah, dengan Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi iaitu 2,145 tahanan, diikuti Papar (1,522), Sibuga, Sandakan (1,423) dan Tawau (1,635).

Beliau berkata sejumlah 19,271 PATI telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing, terdiri daripada 14,732 rakyat Filipina, Indonesia (4,343) dan selebihnya rakyat negara lain.

“Operasi mengusir pendatang asing tanpa izin ini akan berterusan dan terdapat keperluan kerjasama yang erat daripada rakyat untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori