MKN Hantar Balik 418 PATI Filipina

SANDAKAN – Seramai 418 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar balik ke negara mereka menerusi Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

Menurut Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini, PATI yang dihantar membabitkan tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Sandakan dan PTS Papar.

Daripada jumlah itu, 196 orang membabitkan lelaki dewasa, 141 (wanita dewasa), 47 (kanak-kanak lelaki) dan 34 (kanak-kanak perempuan).

PATI yang dihantar berusia setahun hingga 60 tahun dengan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina. – BERNAMA