Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Syarikat Korporat Dialu-Alukan

HULU SELANGOR - Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif syarikat korporat dalam membantu pembangunan sekolah di negara ini. Timbalan...

Orang Singapura Suka Dakwah...

KALAU tak dipecahkan ruyung manakan dapat saguya. Begitulah halnya dengan peminat 'Dakwah Live'...

Saifuddin Bidas Kenyataan ‘Melulu’...

PUTRAJAYA hari ini membidas kenyataan Singapura yang mencadangkan Malaysia tidak menghormati perjanjian air...

BN, UMNO Mungkin Berdepan...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) dan UMNO dijangka berdepan kempen berbaur fitnah...

MITI Siarkan Teks Perjanjian TPPA Petang Ini

KUALA LUMPUR – Seperti dijanjikan kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyiarkan teks Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) supaya dapat diakses oleh orang ramai untuk penilaian sendiri bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, teks perjanjian TPPA itu boleh dibaca malah dimuat turun oleh orang ramai melalui laman sesawang MITI fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa bermula kira-kira pukul 6 petang.

“Teks ini juga boleh didapati di laman sesawang Kementerian Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan New Zealand yang merupakan ‘depository’ teks TPPA. Ia boleh dibaca di www.mfat.gov.nz/tppdepositary.

“Kerajaan berharap agar teks akhir yang didedahkan kepada umum ini berserta dengan dua analisa kos dan faedah akan memberikan penjelasan yang lebih meluas kepada rakyat berkenaan perjanjian perdagangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustapa turut memaklumkan, susulan dari hebahan teks akhir itu, dua analisa kos dan faedah yang dikendalikan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) serta Price Waterhouse Coopers (PwC) Malaysia akan dimuktamadkan dalam tempoh kira-kira dua minggu.


Beliau bagaimanapun mengulangi penegasan bahawa TPPA akan dibentangkan di Parlimen untuk berbahasan yang dijangka berlangsung pada sesi Dewan Rakyat Januari atau Februari 2016 bagi mendapatkan keputusan.

“MITI berserta dengan beberapa agensi kerajaan yang lain akan terus mengadakan sesi penerangan atau `engagement’ dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Kami telah menerima banyak permohonan untuk sesi penerangan dan akan cuba sedaya-upaya untuk memenuhinya,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori