Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

E-Hailing Diharam Cari Penumpang...

AMARAN!... Pemandu kenderaan e-hailing atau Grab dilarang menunggu atau cari penumpang ketika jalankan...

Peminat Terus Doakan #Zulofa...

GANDINGAN Zul Ariffin dan Neelofa dalam drama terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari nampaknya...

Pakatan Harapan Letak Ahmad...

KUALA KANGSAR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menamakan bekas profesor Universiti...

SESB Beri Jaminan Tiada...

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini memberi jaminan tidak...

Miti Sasar Nilai Pemerolehan PPV Meningkat 10%

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyasarkan nilai pemerolehan di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV) meningkat sekurang-kurang 10 peratus tahun ini daripada RM4.88 bilion pada Disember 2016.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementerian itu turut menetapkan peningkatan10 peratus bagi vendor bumiputera di bawah PPV yang menyediakan pembuatan barangan serta perkhidmatan, yang ketika ini sebanyak 1,440 syarikat.

“Setakat ini, kita mempunyai 21 syarikat utama dan kita berharap ia boleh meningkat kepada sekurang-kurangnya lima lagi syarikat berkualiti, sama ada ia syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat milik persendirian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan PPV (MPPPV) di sini, hari ini.

Mustapa berkata, dalam usaha menyokong peningkatan itu, syarikat utama akan diberikan pengurangan cukai sebanyak dua kali ganda bagi tempoh yang dilanjutkan sehingga 2020 dengan tuntutan maksimum berjumlah RM300,000.

Beliau berkata, nilai pengurangan cukai itu boleh digunakan bagi tujuan memgembangkan keupayaan syarikat vendor bumiputera.

“Terdapat juga Geran Penyelidikan dan Pengkomersialan Vendor Bumiputera dengan peruntukan sebanyak RM9 juta tahun ini dan RM7.5 juta lagi untuk Program Pembinaan Kapasiti Vendor Bumiputera.

“Hari ini, kita mengagihkan geran bernilai RM4 juta keseluruhannya kepada tujuh syarikat utama iaitu, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd dan Uzma Engineering Sdn Bhd,” katanya.


Mustapa berkata, TNB mempunyai jumlah vendor terbanyak iaitu 982 syarikat bumiputera yang membekal pemerolehan bernilai RM1.678 bilion tahun lepas.

Semasa mesyuarat MPPPV, beliau turut menyaksikan penyertaan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Sime Darby Property Sdn Bhd dan Sime Darby Plantation Sdn Bhd sebagai syarikat utama PPV.

Daripada 21 syarikat utama itu, 14 merupakan syarikat berprestasi tinggi atau lebih dikenali sebagai GLC PCG20, enam lagi adalah syarikat besar tempatan dan syarikat multinasional.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata Miti akan menganjurkan GLC ExploreAce kali kelima bersama-sama UEM Group Bhd, Sime Darby Bhd dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd pada 8 Ogos, 2017.

Sesi padan suai perniagaan, program bimbingan dan seminar akan berlangsung di acara itu, yang bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat utama dan vendro di bawah PPV. – BERNAMA

Kategori