Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Kita Bagi Masa” –...

SEPANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis bahawa masa depan skuad...

Operasi Mencari, Menyelamat Kamaliah...

GERIK : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang...

QZ8501: Boeing Perlu Tampil...

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersimpati dan...

Najib Tinjau Projek Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak padaSelasa meninjau kerja-kerja pembinaan projek...

Miss Amazing Malaysia: Pertandingan Ratu Cantik Wanita Kelainan Upaya

KUALA LUMPUR – Ketidaksempurnaan yang ada pada diri seseorang wanita kerana dilahirkan sebagai Down Syndrome tidak sepatutnya dipencilkan ataupun disingkirkan daripada masyarakat.

Golongan yang dilahirkan berbeza dan kelainan upaya tidak boleh dipandang rendah sebaliknya mereka berhak mendapat layanan seperti insan yang lain selain daripada membantu mereka memperoleh keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan.

Bagi golongan wanita yang dilahirkan dengan kelainan upaya, mereka juga mempunyai naluri yang sama seperti ingin merasai pengalaman yang sama seperti wanita lain dan kerana itulah, buat julung kalinya akan diadakan pertandingan ratu cantik untuk wanita yang dilahirkan berbeza di Malaysia.

Pertandingan Miss Amazing Malaysia anjuran Amazing Girls Solution diilhamkan oleh pemenang tempat kedua pertandingan ratu cantik Mrs India Worldwide Malaysia 2018, Maynica Dewi Krishnan.

Penganjuran Miss Amazing Malaysia turut mendapat sokongan daripada Puteri Malaysia Ambulance, Datuk Raj Chelliah kerana pertandingan ratu cantik ini adalah satu pertandingan ratu cantik yang luar biasa.

Peserta yang layak menyertai Pertandingan Miss Amazing Malaysia ini, selain daripada kalangan mereka yang down syndrome, juga layak disertai oleh wanita yang menghidap sejenis penyakit kulit iaitu vitilago dan dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Akan tetapi, pertandingan ini tidak dapat dibuka penyertaannya kepada wanita yang cacat penglihatan, pendengaran, bisu dan bergantung kepada kerusi roda atau wheelchair bounded.

“Ini bukan pertandingan ratu cantik yang biasa dianjurkan seperti Miss Malaysia atau Miss World Pageant (sekadar memberi contoh). Miss Amazing Malaysia ialah untuk peserta yang dilahirkan dengan kelainan upaya.

“Tujuan utama diadakan satu pertandingan seumpama ini adalah untuk membantu golongan wanita ini berhadapan dengan dunia luar.

“Kita mahu mereka didedahkan kepada masyarakat agar masyarakat tidak memandang rendah, serong atau skeptikal terhadap wanita-wanita istimewa ini,” kata Pegawai Penasihat Kategori Down Syndrome yang juga merupakan Occupational Theraphist, Nurirdiyana Idros.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online usai majlis pengumuman dan prapelancaran Pertandingan Miss Amazing Malaysia di Loka Malaysia di sini, hari ini.

Nurirdiyana yang turut menggembeling tenaga dengan penganjur majlis, Amazing Girls Solution berkata, dengan adanya pertandingan ratu cantik seperti ini, mereka yang dilahirkan dengan down syndrome bukan sahaja dibantu untuk mendalami diri mereka yang juga sebenarnya seorang wanita yang cantik tetapi mereka juga sama seperti wanita-wanita lain di luar sana.

“Kita sepatutnya mengikis stigma yang dilemparkan kepada mereka yang down syndrome iaitu golongan ini hanya layak duduk di tepi atau dibelakang (sideline).

“Sebaliknya mereka ini juga bijak, berkebolehan dan berkemampuan dalam cara mereka yang tersendiri,” jelasnya.

Kata Nurirdiyana lagi, pemilihan dan saringan peserta Pertandingan Miss Amazing Malaysia akan diadakan pada 7 Oktober ini.


“Pertandingan dibuka kepada mereka yang berusia 18 sehingga 36 tahun, warganegara Malaysia, bertempat di Loka Malaysia, Nu Sentral, Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas Miss Amazing Malaysia, Maynica Dewi berkata, cabaran untuk mendapatkan penyertaan daripada peserta kelainan upaya adalah satu ujian bersar bagi pihak penganjur.

“Kita tahu ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya tidak mahu mendedahkan anak mereka untuk bercampur dengan masyarakat.

“Masyarakat pula tidak tahu bagaimana untuk menerima golongan ini sedangkan golongan ini sama sahaja dengan kita. Bezanya, mereka perlukan sedikit bimbingan dan perhatian.

“Miss Amazing Malaysia bukan platform untuk mencari populariti atau glamer. Penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi mereka peluang merasai berjalan di atas pentas peragaan, disolek cantik dan memakai pakaian yang direka oleh pereka fesyen ternama.

“Menerusi pertandingan ini juga, yang penting, para peserta tahu bahawa diri mereka setanding dengan wanita yang dilahirkan tanpa ada kelainan keupayaan,” katanya.

Justeru kata Maynica, golongan yang dilahirkan dengan kelainan upaya tidak menagih simpati masyarakat tetapi penerimaan dan kesaksamaan sebagai sebahagian daripada masyarakat dan rasa hormat, itulah sebenarnya yang didambakan oleh mereka yang ada kelainan upaya.

Maynica menambah, penyertaan adalah percuma dan para peserta termasuk ibu bapa tidak perlu bimbang dengan pandangan negatif masyarakat kerana cara pengendalian pertandingan Miss Amazing Malaysia tidak sama dengan pertandingan ratu cantik yang komersial.

Ini kerana turut ditempatkan pada hari pemilihan peserta ialah pasukan perubatan termasuk dua orang doktor yang bertugas.

Dalam masa yang sama, bagi memastikan perjalanan Miss Amazing Malaysia lancar, pasukan perubatan akan ditempatkan pada hari pemilihan dan final.

Menurut Doktor Kamadev Sonamuthu, dua orang doktor dan pasukan perubatan (paramedik) akan bersiap sedia untuk memberi bantuan perubatan, jika perlu.

“Kehadiran kami hanyalah sebagai pemerhati sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori