Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Pulau Pinang Tahan...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan lebih 100 warga asing termasuk...

Elaun Petugas, Pemeriksa SPM...

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan...

Pengerusi SPR Nafi Hadir...

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan...

Hasil Kutipan Cukai Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan...

Misi Cari MH370 Disambung Semula Berdepan Kesukaran

KUALA LUMPUR – Interpretasi data sonar ke dalam latar imej boleh percaya merupakan cabaran utama bagi kapal Seabed Constructor dalam misi pencarian yang disambung semula untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut seorang pakar penerbangan.

Juruterbang pandu duji Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata proses itu melibatkan mengubah data bunyi ke dalam data imej 3 Dimensi dan proses transformasi cenderung menyebabkan kehilangan data pintar, lantas menyebabkan transformasi atau interpretasi sebagai tidak tepat.

Tetapi saya percaya syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity Limited telah membuat pengiraan algoritma secara terperinci bagi memastikan interpretasi data secara optimum,” kata beliau kepada Bernama dalam wawancara baru-baru ini.

Pada 11 Jan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa di bawah perjanjian dengan Ocean Infinity Limited, pencarian MH370 akan disambung semula pada pertengahan Januari dengan kapal Seabed Constructor menjalankan pencarian di kawasan meliputi 25,000 kilometer persegi dalam masa 90 hari.

Misi utama kapal itu ialah mengenal pasti lokasi bangkai dan/atau kedua-dua perakam penerbangan, perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR).

Pencarian itu adalah berdasarkan “no cure, no fee,” yang bermakna bahawa pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Mohd Harridon berkata cuaca buruk semasa misi pencarian adalah satu lagi cabaran yang Seabed Constructor terpaksa berdepan di Selatan Lautan Hindi.

“Ia bergantung pada kekuatan kapal tersebut menangani cabaran semasa misi pencarian. Keadaan cuaca di bahagian lautan itu adalah amat buruk kadang-kadang dan ini boleh menghalang usaha pencarian. Tetapi saya berharap kapal tersebut boleh mengharungi keadaan yang sukar untuk merungkai misteri kehilangan MH370 dalam tempoh masa terbaik yang memungkinkan,” kata beliau.

Menurut laporan, Seabed Construktor dijangka tiba dan memulakan pencarian di kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di lautan Hindi Rabu ini susulan pencariann yang meluas sebelum ini.

Sementara itu, seorang penyelidik di sebuah syarikat penerbangan tempatan, Ahmad Maulan Bardai berkata selepas hampir empat tahun, sebarang bangkai pesawat mungkin tertanam lebih dalam daripada serpihan dan komponen di mana-mana dasar laut dan mungkin tidak ditemukan.


“Ini mungkin termasuk kotak hitam. Melalui pengalaman insiden QZ8501, kotak hitam pesawat tersebut ditemukan terpisah dari bahagian ekor. Berdasarkan keupayaan Ocean Infinity dengan lapan kenderaan bawah air, kawasan pencarian akan segera diliputi dalam pencarian. Analisis secara efektif dokumen-dokumen yang diimbas dari kenderaan bawah air akan menjadi faktor kejayaan dalam misi ini,” kata beliau.

Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas di laut Jawa dekat Pangkalan Bun di bahagian tengah Kalimantan semasa membawa 155 penumpang dan tujuh kru dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura pada 28 Dis, 2014.

Sementara itu, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata beliau berharap kapal Seabed Constructor dapat mengesan dan mengenal pasti bangkai secepat mungkin berdasarkan pola data dan serpihan.

“Pencarian harus dijalankan di sepanjang arus mengalir ke arah Afrika Timur,” kata beliau.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan MH370 disifatkan antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.

Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai flaperon. – BERNAMA

Kategori