Misi Pakatan Pastikan Ahli UMNO Berpaling Tadah! – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang didominasi parti DAP akan memastikan kira-kira 3 juta ahli UMNO berpaling tadah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memberi kemenangan kepada parti pembangkang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, misi itu adalah cabaran paling besar yang perlu dilaksanakan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bermula sekarang.

“Cabaran paling besar Pakatan Harapan dalam PRU14 adalah menyantuni tiga juta ahli UMNO supaya mereka bersama-sama pembangkang menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Najib tidak akan dapat `membeli’ sokongan seramai 3 Juta ahli UMNO dan 21,000 Cawangan UMNO,” katannya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan PAN akan menandatangani satu perjanjian rasmi berhubung kerjasama parti-parti dalam Pakatan Pembangkang tanpa penyertaan PAS pada Sabtu ini.

Perjanjian itu antara lain akan menyentuh tentang prinsip dan kaedah membuat keputusan oleh Pakatan Harapan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti berkenaan.

Isi kandungan perjanjian itu secara tidak langsung mencerminkan sebarang keputusan tentang Islam dalam negara perlu mendapat persetujuan DAP terlebih dahulu sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]CQdFeYr7p2Q[/wpdevart_youtube]

Loading...