Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rekaan Lapangan Terbang Baru...

SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh...

Betulkah Perikatan Nasional (PN)...

1) Bersih- Bukankah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih terpalit dalam kontroversi...

Lelaki Kacak Berbadan Sado,...

SEKARANG ni pergi mana-mana pun pasti banyak terjumpa gerai-gerai durian yang dibuka di...

Latihan Penerbangan ATM, Orang...

KOTA KINABALU - Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat...

Misi Bawa Keluar Mangsa Di Gua Hampir Selesai

LANCAR… Usaha berbahaya untuk selamat 13 remaja Thailand terperangkap lebih dua minggu dalam gua memasuki hari kedua, dengan lapan mangsa sudah berjaya dibawa keluar setakat ini.

Ini bermakna hanya tinggal lima anggota pasukan bola sepak tempatan ‘Wild Boar’ itu masih berada di dalam gua Tham Luang dekat Chiang Rai selepas pasukan penyelam elit telah mengeluarkan mereka sejak lewat semalam.

Hujan lebat adalah antara musuh utama operasi itu, mengancam menyebabkan banjir di gua yang terletak di kawasan pergunungan di utara Thailand, walaupun pelbagai bahaya lain juga boleh menjejaskan usaha menyelamat.

Rakyat Thai beri tumpuan kepada krisis itu, mengharapkan kepulangan selamat remaja berkenaan, berusia 11 tahun hingga 16 tahun dan jurulatih mereka berumur 25, sejak terperangkap pada 23 Jun lalu kerana kenaikan paras air.

Mereka semua dilaporkan hilang setelah berada di dalam gua itu selama sembilan hari, sebelum anggota penyelam Britain menemui mereka dalam keadaan selamat meskipun kelihatan agak kurus di atas tebing berlumpur.

Semalam, empat daripada ahli pasukan bola sepak tersebut berjaya dibawa keluar dari gua, selepas pihak berkuasa Thailand memutuskan mereka perlu meneruskan operasi menyelamat sebelum kedatangan musim hujan lebat.


Mereka dibawa keluar oleh pakar selam antarabangsa dan tempatan yang merancang jalan selama beberapa jam menerusi lebih kilometer laluan sukar serta laluan terowong gua sempit pula ditenggelami banjir.

Ketua operasi, Narongsak Osottanakorn, semalam berkata empat daripada remaja itu, digelar pengguna media sosial Thai sebagai Wild Boars 1,2,3 dan 4 adalah selamat malahan usaha diteruskan awal hari ini.

“Kami semua perlu bekerja secara berterusan sepanjang malam,” kata sumber kerajaan di Chiang Rai, pagi ini, dan mengesahkan operasi ada dihentikan sekejap apabila situasi berbahaya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori