Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

30 Peratus Tender Kementerian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus tender setiap kementerian...

Sedap Mulut Aje Org...

Wah... kalau dah gila kuasa, tak tahu batas sempadan nooo... macam haraammmmm.Penulis bukan...

Qatar Dituntut Selesaikan 13...

WASHINGTON – Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain yang memutuskan hubungan diplomatik...

Covid-19 : 22,491 Kes,...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,491 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

Miliki 2 Cincin Curi, Penganggur Didenda RM6,000

PETALING JAYA – Seorang penganggur didenda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki harta curi iaitu dua bentuk cincin emas milik teman wanitanya.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Yap Joo Hon, 36, kerana memiliki harta curi iaitu sebentuk cincin berlian dan sebentuk cincin emas putih milik Phang Mook Lan, 51, yang merupakan seorang pemilik pusat hiburan, di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 8, Subang Jaya, di sini, pada 10 malam, 18 Oktober lepas.

Yap didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan berbentuk denda atas alasan dia tidak berniat untuk mencuri cincin tersebut.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan tertuduh sepatutnya tidak memiliki barang yang bukan miliknya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori