Miley Cyrus Bogel, Berpelukan Dengan Babi Untuk Cover Majalah

KINI tiba giliran penyanyi dan pelakon berusia 22 tahun, Miley Cyrus beraksi bogel di hadapan kamera untuk muka depan majalah Paper.

Sebelum ini Paper pernah menampilkan bintang sensasi, Kim Kardashian yang juga berbogel untuk muka depan majalahnya.

Jika Kim tampil bogel dengan mempamerkan asetnya iaitu punggung, Miley pula berbogel bersama binatang peliharaannya iaitu seekor babi untuk edisi musim panas majalah itu.

[TAK SENONOH, MILEY CYRUS PAMER BULU KETIAK PANJANG]

Gambar Miley yang dipenuhi dengan lumpur sambil berpelukan dengan haiwan tersebut diambil oleh Paola Kudacki.

Dalam segmennya di majalah itu Miley berkongsi mengenai Happy Hippie Foundation yang fokus untuk membantu gelandangan serta belia Lesbian, Gay, Bi, Transexual (LGBT) .

Tak sah jika tak lakukan perkara pelik dan tak senonoh, Miley turut memuat naik gambarnya memakai topeng babi sebagai tanda ‘sinonim’ dengan aksinya untuk majalah itu di laman sosial.

Mungkin itu sebahagian daripada caranya untuk mempromosikan keluaran musim panas majalah Paper itu la kot..

https://instagram.com/p/3pm3ogQzKN/?taken-by=mileycyrus

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Pitt

Loading...