MH370: Pelancong Jumpa Objek Seakan Rangka Tingkap

KETIKA satu dunia sedang memberi tumpuan kepada penemuan sebahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon yang dikaitkan dengan kehilangan MH370, satu objek plastik seakan-akan tingkap pesawat dijumpai oleh seorang pelancong, Bruno ketika sedang berjogging di pantai St Denis, Pulau Reunion semalam.

Objek tersebut ditemui beberapa ratus meter dari penemuan serpihan sebelum ini, lantas pihak berkuasa akan menyiasat kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan jenis pesawat Boeing 777.

Botol Air Jenama Cactus Dijumpai, Misteri MH370 Bakal Terungkai?

2B16B7AC00000578-0-image-a-46_1438698113053 2B16B8DC00000578-0-image-a-43_1438694780486

Sehingga kini, sumber polis masih belum dapat mengesahkan sama ada objek tersebut milik pesawat.

“Ia mungkin kelihatan seperti bingkai belakang tingkap pesawat namun saya masih belum dapat mengesahkan apa-apa,” ujar wakil polis, Gisele Cadar seperti dilaporkan Dailymail.

Sebelum ini, laporan menyatakan seorang individu dikenali sebagai Bruno, telah menemui serpihan objek yang kelihatan seperti pintu pesawat namun pihak penyiasat kemudiannya mengesahkan ia merupakan tangga dan bukanlah datang dari sebuah pesawat.

Menurut portal berkenaan lagi, flaperon tersebut telah disahkan dari pesawat Boeing 777 yang juga merupakan model MH370, namun sehingga kini, pasukan penyiasat masih sedang cuba mengesahkan adakah ia milik kapal terbang malang itu.

Pada 2 Ogos lalu, seorang individu, Criessen Philippe telah menemui beberapa botol minuman jenama Malaysia di persisiran pantai tersebut manakala sebelum itu, bekas cecair jenama China dan Indonesia turut dijumpai. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Botol Cecair Jenama China & Indonesia Ditemui Di Pesisir Pantai Reunion

https://www.youtube.com/watch?v=o1twfpeJFkk

Loading...