Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menakjubkan…Wanita Seberat 800Kg Kini...

TEXAS – Menakjubkan...Seorang wanita pernah digelar `pembunuh setengah tan’ yang mempunyai berat badan...

Akhirnya.. Fara Fauzana Akui...

LEBIH senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara...

Gantung Diri Lepas Bunuh,...

SEORANG pelajar yang obses dengan seks telah menceritakan bagaimana dia membunuh bekas kekasihnya...

Wanita PKR Pertahan Zuraida...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan Ketuanya, Zuraida Kamaruddin yang...

MH17: Waris Mangsa Dibenar Lihat Serpihan Pesawat

AMSTERDAM – Keluarga serta waris mangsa nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 pertama kali dibenar melihat serpihan bangkai pesawat malang itu yang kini ditempatkan di pangkalan tentera udara Belanda di Gilze-Rijen, di selatan negara itu.

Sebelum ini, semua serpihan berkenaan dibawa dari Ukraine menggunakan lapan trak dan tiba di pangkalan tentera itu 9 Disember lalu bagi tujuan siasatan.

Bangkai pesawat berkenaan kemudiannya disusun dan sebahagiannya akan dibangunkan semula oleh pasukan penyiasat diketuai Belanda sebagai sebahagian daripada proses siasatan tragedi 17 Julai tahun lalu itu yang mengorbankan 298 nyawa.

Sebaik kebenaran melihat serpihan itu diberi pihak berkuasa Belanda, kira-kira 500 ahli keluarga dijangka akan hadir setiap minggu bagi melihat sendiri keadaan serpihan itu.

Silene Fredriksz-Hoogzand, bapa kepada Bryce dan teman wanitanya, Daisy Oehlers yang maut dalam nahas itu, berkata beliau akan pergi melihat serpihan itu Sabtu ini.

“Ia membawanya dekat dengan rumah. Di situlah mereka menghabiskan waktu-waktu terakhir mereka,” katanya.

Sementara itu, Hans, bapa kepada seorang daripada mangsa, Elsemiek, merancang untuk datang melihat sendiri bangkai berkenaan kerana mahu tahu segala-galanya mengenai nahas itu.


Setiap bahagian dari pesawat itu kini sudah siap dilabel. Bahagian pesawat yang dianggap paling kukuh dalam proses siasatan akan dibina semula tidak lama lagi.

Serpihan yang dikumpul itu juga kelihatan sudah remuk dan ada bahagian tertentu yang sudah hangus terbakar.

Bahagian kokpit tidak ditunjukkan kepada wartawan atas permintaan pihak pendakwa. Ia adalah bukti paling penting yang diharapkan pasukan penyiasat dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Sementara itu, Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan itu memaklumkan bahawa laporan akhir siasatan pesawat itu mungkin akan dikeluarkan Oktober ini. – BBC

https://www.youtube.com/watch?v=03_2zS-11uo

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori