Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skim Perlindungan Kesihatan B40...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi...

Polis Kepung Rumah Jamal...

PETALING JAYA - Polis telah mengepung rumah pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri...

Berebut Isi NGV Sampai...

“KETIKA kejadian saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh,"...

Kemenangan PH Kejayaan Liberalis?

KOTA BHARU - Ada dua pihak yang mendapat banyak kejayaan dengan kemenangan Pakatan...

MH17: Tribunal Antarabangsa, Jalan Terbaik Dakwa Pelaku

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu memilih tribunal antarabangsa sebagai tindakan seterusnya untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

Juruterbang ujian dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pilihan itu memberi jalan yang optimum untuk mengetengahkan pendakwaan kepada masyarakat antarabangsa berbanding dengan pendakwaan negara.

“Ia akan menjadi optimum sekiranya pendakwaan dilakukan dengan menggunakan tribunal antarabangsa yang akan memberi lebih sokongan dalam bentuk konsensus oleh beberapa negara (dalam Pasukan Siasatan Bersama).

“Selain itu, pemerhatian teknikal dan kesimpulan daripada negara-negara berkenaan adalah lebih berwajaran disebabkan ia mengambil kira pendapat pakar dari negara yang berlainan,” katanya kepada Bernama.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Malaysia akan menunggu hasil siasatan badan penyiasat antarabangsa berhubung insiden menembak jatuh Malaysia Airlines Penerbangan MH17 sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kerajaan tidak akan bertindak sendirian dalam mencari keadilan bagi mangsa MH17 dan sebaik sahaja penyiasat antarabangsa mengenal pasti pelakunya, Malaysia mempunyai pilihan sama ada meneruskan dengan ‘pendakwaan negara’ atau memilih sebuah tribunal antarabangsa.

Setakat ini, penyiasat antarabangsa masih belum menentukan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Harridon menegaskan bahawa pendakwaan negara adalah berdasarkan undang-undang tempatan tanpa konsensus yang jelas daripada masyarakat antarabangsa manakala tribunal antarabangsa pula berdasarkan konsensus daripada beberapa negara.


Turut berkongsi pandangan itu ialah Shukor Yusof, pengasas Endau Analytics, sebuah syarikat pakar perunding penerbangan Malaysia, yang percaya bahawa tribunal antarabangsa akan menjadi platform terbaik untuk memberi tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tragis itu.

“Tragedi ini melibatkan mangsa dari beberapa negara dan ia berlaku di Eropah, di ruang udara antarabangsa, dan bukannya di rantau Asia. Ia akan menjadi medium terbaik untuk menunjukkan kepada dunia siapa yang benar-benar bertanggungjawab berdasarkan bukti yang dikumpul.

“Daripada tribunal antarabangsa, kaum keluarga, sehinggalah kepada waris mangsa, penantian mereka sejak pesawat itu ditembak jatuh dua tahun lalu akan berakhir,” katanya.

MH17 ditembak jatuh semasa terbang pada ketinggian 30,000 kaki di kawasan bergolak di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Pada 28 Sept, kumpulan penyiasat antarabangsa yang diketuai Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Wilbert Paulissen, ketua pasukan penyiasat kebangsaan Belanda, berkata peluru berpandu Buk itu dibawa semula ke Rusia selepas MH17 ditembak jatuh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori