Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jutawan Gantung Diri Selepas...

SEORANG jutawan membunuh diri selepas menyesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.Beberapa...

3,206 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,206 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah terkumpul...

SKMM Bakal Tambah 30...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal menambah 30 lokasi...

‘Saya Sedia Bertanggungjawab Atas...

JOHOR BAHRU : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersedia mengambil...

MH17: Najib Terima Panggilan Telefon Daripada PM Belanda

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Belanda Mark Rutte dengan tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 menjadi tumpuan utama perbualan mereka.

Rutte membuat panggilan itu pada 5.15 petang di pejabat Najib di sini dan dalam perbualan 15 minit itu, mereka membincangkan mengenai pendekatan yang mungkin boleh diambil kedua-dua negara dalam meneruskan hasrat untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Pada 17 Julai tahun lepas, penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di Ukraine, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata lima negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas itu menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu.


Kenyataan Wisma Putra menyebut Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan bagi tribunal itu untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman dan menghalang mereka yang akan mengancam penerbangan awam.

Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 Julai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori