Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nasib Marcote Akan Ditentukan...

KUBANG PASU - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan diadakan...

Video: Dok Busy Rembat...

SEMALAM tular menerusi laman YouTube apabila rakaman video menunjukkan dua orang lelaki sedang...

PPBN Tidak Mahu Jurulatih...

SERI KEMBANGAN - Tiada tempat untuk jurulatih yang tidak mahu berubah serta mengikuti...

4 Sekolah Terima Sijil...

PUTRAJAYA - Empat sekolah Malaysia menerima sijil pengiktiran International Baccalaureate (IB) World School...

Mexico Catat Kes Bunuh Tertinggi – IISS

LONDON – Institut Antarabangsa untuk Kajian Strategik (IISS), melaporkan sebanyak 23,000 kes bunuh direkodkan di Mexico sepanjang tahun lalu berbanding 60,000 kes dicatatkan di Syria, yang kini dilanda perang saudara.

“Jarang berlaku insiden keganasan jenayah mencapai tahap hampir sama dengan konflik bersenjata.

“Namun, ia berlaku di segi tiga utara Amerika Tengah (Honduras, Guatemala, El Salvador), terutama di Mexico,” kata penyelidik IISS, Antonio Sampaio.

Kes yang dicatatkan di tiga negara Amerika Tengah itu mengalami penurunan tahun lalu, namun Mexico menyaksikan peningkatan kes sebanyak 11 peratus dalam tempoh sama.

Sampaio berkata, peningkatan kes itu dipercayai berpunca daripada pengisytiharan yang dibuat oleh Presiden Felipe Calderon, untuk memerangi kartel dadah di negara itu pada Disember 2006.


“Namun, ia menyebabkan konflik yang membawa kesengsaraan kepada Mexico apabila kira-kira 150,000 orang terkorban dalam kes pembunuhan ‘disengajakan’ sejak Disember 2006 hingga November 2012,” kata Sampaio. – AFP

Kategori